Jambatan Aizhai terindah dunia [VIDEO]

JAMBATAN Aizhai di wilayah Hunan, China, dianggap jambatan paling indah di dunia dengan pelbagai rekod menakjubkan, termasuk jambatan ‘penyerap hentak’ tertinggi dan terpanjang dunia merentang lembah Dehang.

Jambatan keluli kelabu dan jingga sepanjang 1,176 meter itu menghubungkan dua terowong bandar Chadong dan Jishou, mempunyai jalan raya empat lorong memendekkan masa perjalanan empat jam kepada sejam.

Pembinaan bermula 10 tahun lalu, pada Oktober 2007 dan siap pada hujung 2011 dan dibuka secara rasmi pada Mac 2012 dengan kos AS$610 (2.56 bilion).

Jambatan itu menjadi ikon simbolik kehebatan seni bina dan kejuruteraan China selari dengan pembangunan pesat negara.

Bagi orang ramai yang tidak takutkan ketinggian, boleh menggunakan laluan pejalan kaki bagi menikmati pemandangan indah yang semakin indah pada sebelah malah dengan cahaya lampu.

READ ALSO  Facebook says likely Russian-based operation spent money on ads on issues


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.