Jalan ditutup untuk Ampang Jaya Night Run pada Sabtu ini

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Jalan susur masuk dari Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) ke Jalan Pandan Utama dan Jalan Pandan Utama sendiri akan ditutup sepenuhnya atau sebelah jalan untuk memberi laluan kepada Ampang Jaya Night Run pada Sabtu ini.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, selain dua jalan tersebut kategori Fun Run 5 Kilometer dalam acara larian itu akan melibatkan Jalan Pandan Ilmu, Jalan Pandan Aman, Jalan Bunga Mawar, Jalan Pandan Muhibbah, Jalan Pandan Makmur, Jalan Pandan Indah 4/38, Jalan Pandan Indah 4/3, Jalan Pandan Indah 4/6 dan Jalan Pandan Mewah.

“Kategori 10 kilometer pula melalui Jalan Pandan Utama, Jalan Pandan Mewah, Jalan Taman Putra, Jalan Tasik Tambahan 1, Jalan Tasik Tambahan 2, Jalan 6/10, Jalan Taman Putra, Jalan Teratai 1/2, Jalan Mawar, Jalan Bunga Mawar dan Jalan Pandan Muhibbah,” demikian menurut kenyataan itu.

MPAJ meminta pengguna jalan raya dan pengangkutan awam merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif lain untuk mengelak penggunaan laluan di atas bagi menghindar sebarang kesulitan.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung isu dan program MPAJ, sila berhubung dengan Bahagian Perhubungan Awam Dan Sekretariat di talian 03-4297 8271. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Polis Selangor tidak akan berkompromi pesta arak dan dadah

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.