Jadi majikan ke-3 terbesar | Harian Metro

Putrajaya : Kerajaan mahu 13,000 koperasi di negara ini mencapai status berdaya maju dan berkembang secara lestari, sekali gus membantu menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara secara keseluruhannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, jika ia dapat dilakukan, tidak mustahil sektor koperasi boleh mencipta peluang pekerjaan atau majikan ketiga terbesar selepas sektor swasta dan awam.

Beliau berkata, buat masa ini, koperasi di Malaysia adalah sektor yang cukup besar dengan jumlah keahlian melebihi tujuh juta orang dengan aset keseluruhan RM130 bilion.

“Mengambil contoh di negara maju seperti Jepun, sektor koperasi cukup penting kerana ia sekian lama memainkan peranan utama dalam menjana pekerjaan baru melalui gerakan buruh, mewujudkan usahawan kelas menengah dan membangunkan komuniti,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-4 Koperasi Profesional Putrajaya Bhd (Koprojaya) di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Pengerusi Koprojaya Muhammad Ammir Haron.

Katanya, beliau juga melihat kejayaan sesebuah koperasi adalah berpunca daripada kepemimpinan koperasi itu sendiri.

Najib berkata, kepemimpinan yang ada dalam koperasi perlu mempunyai kesungguhan untuk mendokong pengisian, matlamat dan visi yang ditetapkan supaya terus maju.

Menurutnya, beliau tertarik dengan cara Koprojaya berkembang biarpun dalam keadaan serba kekurangan pada awal penubuhannya serta mengurus perbelanjaannya secara berhemat.

“Saya difahamkan, pada awalnya Koprojaya beroperasi dari rumah pengerusinya namun berjaya berkembang sehingga mampu mencatat keuntungan sehingga RM1 juta serta berupaya membayar dividen 10 peratus kepada ahlinya sejak empat tahun lalu.

“Kejayaan itu, sekali gus memberi keyakinan kepada orang lain yang melihat Koprojaya mempunyai potensi serta mampu bergerak maju,” katanya.

READ ALSO  Mantap kerjasama kewangan Islam | Harian Metro

Dalam pada itu, Najib turut meminta pertimbangan daripada Tengku Adnan selaku Ahli Parlimen Putrajaya supaya meluluskan sebidang tanah bagi pembinaan pejabat dan stesen minyak kepada Koprojaya.

Menurutnya, beliau juga mahu Koprojaya menjadi antara 100 koperasi terbaik di negara ini daripada keseluruhan 13,000 koperasi.



Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.