Jabatan Pertanian terima pengiktirafan MBOR

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Jabatan Pertanian hari ini menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) kerana berjaya menuai sebanyak 663,522 pokok cili dengan berat 23,764 kilogram dalam masa sehari.

Anugerah tersebut disampaikan kepada Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohd. Sidek oleh wakil MBOR, Siti Hajar Johor sambil disaksikan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ahmad Zakaria berkata, kejayaan itu jelas menunjukkan komitmen usahawan tani khususnya bagi tanaman cili dalam meningkatkan hasi tanaman mereka.

“Program ini telah mendapat kerjasama daripada 128 usahawan tani melibatkan 130 lokasi penanaman cili dari seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima anugerah tersebut di HPPNK 2017 di Hall A, Maeps, Serdang, dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Indonesian bishop accused of having mistress resigns


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.