Iron Lady Malaysia masih dirawat di ICU








TERKINI

Iron Lady Malaysia masih dirawat di ICUIron Lady Malaysia masih dirawat di ICU

29/09/2017 7:08pm

Oleh RIDZAUDDIN ROSLAN dan SYAHIRAH LOKMAN


Maznah kritikal selepas menjalani pembedahan jantung semalam.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd., Datuk Maznah Hamid yang lebih dikenali sebagai Iron Lady Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) semalam ekoran injap jantung bermasalah.

Anak sulung Maznah, Datin Nur Sharmila Shaheel, 37, berkata, ibunya dimasukkan ke IJN sejak tiga minggu lalu selepas mengadu sesak nafas dan perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan masalah tersebut.

“Ibu menjalani pembedahan pertama pada pukul 8.30 pagi semalam yang memakan masa hampir enam jam sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan lanjut.

“Bagaimanapun, selepas beberapa jam dirawat di ICU, berlaku pendarahan dalaman yang memaksa pihak hospital menjalankan pembedahan kedua pada pukul 9.30 malam dan berakhir kira-kira pukul 4 pagi.

“Buat masa ini, ibu masih kritikal namun berdasarkan pemerhatian doktor menunjukkan keadaan beliau berada pada tahap stabil dan mempamerkan reaksi positif,” katanya ketika ditemui Kosmo! di IJN di sini hari ini. –







READ ALSO  50 rumah rosak dipukul ribut

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.