Inisiatif MyBNHome di Terengganu

KUALA TERENGGANU 27 Sept. -Kampung Mak Kemas Marang menjadi tapak perintis bagi program perumahan baharu, My Beautiful New Home (MyBNHome) di negeri ini yang akan dimulakan tidak lama lagi.

Projek usahasama kerajaan negeri dengan Kementerian Kewangan melalui konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan terjemahan inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2017.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberitahu pemberita di sini hari ini, sebagai permulaan, sebanyak 50 unit akan dibangunkan segera di atas tapak milik kerajaan, seluas 2.4 hektar.

Menurut beliau, bagi membolehkan lebih ramai anak negeri berpeluang memiliki kediaman seumpama itu, kerajaan negeri akan terus berkerjasama dengan pihak kementerian agar dapat diperluaskan ke seluruh negeri.

“MyBNHome disasarkan kepada mereka yang tidak memiliki rumah, dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM3,900 ke bawah (B40).

“Keluasan rumah 750 kaki persegi, dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. Kos pembinaan dianggarkan RM40,000 seunit, dan kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20,000.

“Penerima hanya perlu membuat pinjaman sebanyak RM20,000 melalui skim yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan ansuran bulanan RM200 hingga RM250 sepanjang tempoh 30 tahun,”ujarnya.

Beliau menjelaskan, selepas bayaran pinjaman dilunaskan, rumah tersebut akan menjadi hak milik kekal pembeli berkenaan, namun sepanjang tempoh pinjaman, sekatan moratorium 10 tahun akan dikenakan. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Tak hirau bayaran picisan | Harian Metro

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.