‘Inilah sebabnya kami ubah struktur harga’

Kuala Lumpur: Privasia Technology Berhad (PTB) sedang meninjau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini untuk menjadi pelanggan sistem e-pemerolehannya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulannya Puvanesan Subenthiran berkata, sistem e-pemerolehan semasa di negara ini terlalu mahal untuk PKS kerana mereka terpaksa membayar yuran pelesenan dan pelaburan infrastruktur.

“Beberapa syarikat besar perlu melatih pekerja mereka untuk menggunakan sistem ini selama enam bulan.

“Inilah sebabnya kami mengubah struktur harga untuk menawarkan perkhidmatan kepada PKS,” katanya pada taklimat media selepas melancarkan Procurehere Versi 7.0, versi e-pemerolehan terbaru syarikat itu, semalam.

Beliau berkata, sistem e-pemerolehan PTB sebelumnya mempunyai 300 pembekal dan 15 pelanggan, kebanyakannya konglomerat yang terbabit dalam pelbagai sektor seperti logistik, insurans dan pembinaan.

“Kami berharap peningkatan ketelusan, kos dan penjimatan wang yang ditawarkan sistem e-pemerolehan terkini ini akan membantu kami mencapai pangkalan pasaran yang lebih luas,” katanya.

Menurutnya, versi aplikasi mudah alih itu akan diperkenalkan Oktober ini.

Katanya, PTB melancarkan versi pertama Procurehere pada 2002. Procurehere Versi 7.0 iaitu platform dalam talian untuk e-penyumberan dan permintaan oleh pelanggan dengan pilihan setiap peristiwa atau setiap pengguna/pembayaran bulanan.

“Antara manfaatnya, Procurehere Versi 7.0 membolehkan perniagaan mencapai purata 17 peratus penjimatan kos setiap projek atau acara, tanpa syarat untuk infrastruktur IT atau perbelanjaan latihan,” katanya.

READ ALSO  UPM 'terbang tinggi' bersama AirAsia

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.