India sembur cili, bom tangan stun halang Rohingya masuk

NEW DELHI 22 Sept. – Pasukan Keselamatan Sempadan India (BSF) menggunakan penyembur cili dan bom tangan `stun’ untuk menghalang pelarian etnik Rohingya memasuki negara ini melalui Bangladesh.

BSF telah diberi kuasa untuk menggunakan kaedah `kasar dan kejam’ bagi menghentikan cubaan etnik berkenaan menyusup masuk ke negara ini.

“Kami tidak mahu menyebabkan sebarang kecederaan serius atau menahan mereka (etnik Rohingya) tetapi kami tidak boleh menerima mereka di bumi India,’’ kata seorang pegawai kanan BSF.

Beliau berkata pihaknya menggunakan bom tangan yang mengandungi penyembur cili untuk menghalang beratus-ratus etnik Rohingya yang cuba memasuki India dan keadaan di kawasan terbabit kini tegang.

India telah memaklumkan akan mengusir 40,000 etnik Rohingya yang tinggal negara ini dengan alasan risiko keselamatan. – Reuters

READ ALSO  60,000 dipindahkan gara-gara bom di Jerman


Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.