Ibu bapa perlu bekerjasama atasi masalah sosial pelajar | Pendidikan

SERI MANJUNG: Kerjasama ibu bapa melalui pembabitan dalam program dijalankan bersama sekolah, antara inisiatif bagi membantu mengatasi masalah sosial dalam kalangan pelajar. 

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Dr Amin Senin, berkata masalah sosial pelajar dapat dikurangkan melalui penyertaan aktif ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta sekolah. 

Beliau berkata, sukar untuk menentukan garis pemisah pendidikan di antara sekolah dan rumah apabila membabitkan masalah berkaitan pelajar. 

“Biarpun insiden berlaku di rumah, tempiasnya juga terkena pada sekolah. Sebab itu kementerian menekankan pembabitan pihak sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG/

“Ia supaya semua dapat bersama memainkan peranan atasi masalah pelajar. Kita galakkan pembabitan komuniti dan ibu bapa dalam program di sekolah supaya masalah pelajar boleh dikurangkan,”” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan di Aeon Mall Seri Manjung, di sini hari ini. 

Amin mengulas kes seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun yang memukul ibunya seperti klip video yang viral di laman sosial, beberapa hari lalu. 

Katanya, beliau difahamkan kes berkenaan sudah selesai selepas pelajar itu meminta maaf kepada ibunya yang turut tidak mahu memanjangkan isu terbabit. 

“Peranan ibu bapa penting dalam mendidik anak dan tidak seharusnya menuding jari kepada sesiapa apabila berlaku kejadian tidak diingini,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Manjung adalah lokasi ke-10 program Jelajah Pendidikan daripada 12 lokasi di seluruh negara yang dijangka berakhir November ini. 

Katanya, berteraskan slogan `Menerajui Perubahan’, program itu bertujuan menyebarkan kepada masyarakat mengenai kejayaan kementerian dalam membangunkan pelajar.

Terdahulu, beliau turut meluangkan masa selama dua jam dalam sesi dialog bersama guru, wakil PIBG dan pemimpin setempat di Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut.

READ ALSO  Sentuhan magis empat sahabat [METROTV]

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.