Hujan renyai iringi pengebumian Nik Muhammad Baihaqy | Kes

KOTA BHARU: Suasana pilu di Tanah Perkuburan Limbat, di sini, ketika jenazah Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, yang meninggal dunia selepas menjalani latihan fizikal di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Ipoh, kelmarin, dikebumikan jam 5.50 pagi tadi.

Hujan renyai mengiringi pengebumian Muhammad Baihaqy yang disaksikan kira-kira 200 ahli keluarga, pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Pengebumian Allahyarham Nik Muhammad Baihaqy dilakukan mengikut istiadat tentera, turut disaksikan Panglima Udara TLDM mewakili Panglima TLDM, Laksamana Pertama, Datuk Alias Baharuddin.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di kediaman keluarganya di Kampung Binjai, di sini dengan van jenazah TLDM kira-kira jam 4 pagi tadi, yang kemudiannya disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Sebelum itu, jenazah Nik Muhammad Baihaqy meninggalkan perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 10 malam tadi selepas mengambil masa kira-kira lima jam proses bedah siasat.

Allahyarham Nik Muhammad Baihaqy meninggalkan seorang balu, Noor Bazlin Mohammad, 28, dan tiga anak berusia 10 bulan hingga empat tahun.

Polis awal pagi ini mengumumkan mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian dalam tahanan dua anggota TLDM termasuk Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, daripada kematian mengejut (SDR) kepada kes bunuh.

Ia berikutan laporan bedah siasat kedua-dua mangsa di HRPB mendapati terdapat kecederaan dalaman pada tubuh mereka, dipercayai akibat penderaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Perak, Datuk Gan Tian Kee, berkata hasil bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa yang ditahan di bilik tahanan Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, dipercayai berlaku penderaan yang mendatangkan kecederaan.

Daripada penemuan itu, polis menahan tiga suspek lelaki berusia antara 29 hingga 44 tahun pada 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

READ ALSO  Pixel smartphone upgrade highlights Google push into hardware

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.