Hujan lebat tangguh sesi latihan GP Malaysia

SEPANG 29 Sept. – Hujan lebat yang disertai kilat menyebabkan sesi latihan pertama Grand Prix (GP) Formula Satu Malaysia ditangguhkan, hari ini.

Pemandu yang sudah bersiap sedia hanya menunggu sama ada di dalam kereta atau garaj melihat hujan membasahi Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Lima minit sebelum latihan bebas dijadual bermula pada pukul 11 pagi, penganjur mengumumkan atas faktor keselamatan sesi tersebut terpaksa ditangguhkan ke satu masa yang akan diberitahu. – AFP

READ ALSO  20 rumah terbakar, bom meletup di wilayah Rakhine


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.