HPPNK tonjol kejayaan petani

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Sebahagian besar golongan petani ketika ini sudah berjaya mengatasi tahap kemiskinan dan perlu diketengahkan untuk dijadikan contoh kepada masyarakat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat kepada perubahan positif ini, sambutan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 pada 28

September hingga 1 Oktober ini dianjurkan dengan beberapa perbezaan berbanding penganjurannya sebelum ini.

Jelas Shabery, sewaktu acara yang akan dirasmikan pada 28 September ini, pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri golongan petani kini telah mengatasi tahap kemiskinan dan mengalami perubahan cara pemikiran menjadikan mereka lebih berjaya serta menjanakan pendapatan yang lebih lumayan.

Tambah beliau, semakin ramai daripada mereka kini menjadi kaya dengan menceburi industri hiliran berkaitan pertanian selain daripada aktiviti pertanian yang sedang dijalankan.

Justeru, jelas beliau, selain dipanjangkan tempoh penganjurannya selama empat hari, dan diadakan di kawasan ibu kota, HPPNK kali ini akan menyajikan pelbagai cara seperti Festival Makanan Malaysia (Malaysian Food Fair) dan tidak lagi hanya diakhiri dengan majlis anugerah sambutan-sambutan yang diadakan di peringkat negeri sebelum ini.

“Dengan memperhebatkan penganjuran HPPNK 2017 ini, masyarakat akan didedahkan dengan perubahan ketara kehidupan golongan tani dan mereka boleh mengambil iktibar daripadanya.

“Golongan tani masa kini mula berfikir mengenai seperti seorang usahawan dan semakin ramai yang mencipta peluang-peluang pendapatan baharu yang turut boleh diceburi oleh setiap golongan masyarakat,” katanya ketika program bual bicara Sembang Online bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Utusan Online hari ini.

Shabery pada program berkenaan turut menyatakan dijangkakan lebih 500,000 pengunjung akan menghadiri HPPNK 2017 yang akan dilangsungkan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

READ ALSO  Remaja ditangkap pols bukan suspek kes kebakaran pusat tahfiz

Kata beliau, bagi menjaga keselesaan pengunjung, pihak penganjur telah menyediakan lebih 5,000 tempat letak kereta dan pengangkutan awam yang mencukupi. – UTUSAN ONLINE



Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.