Hijau Kuning lawan Merah Kuning

SKUAD Piala Presiden B-21 Kedah melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan pasukan Piala Presiden Kuala Lumpur 2-1 (agregat 4-1) dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Darul Aman, semalam.

Selepas tiga musim terkandas di peringkat suku akhir sebelum ini, Kedah tampak selesa dengan bekalan dua gol ketika menewaskan Kuala Lumpur FA 2-0 di tempat lawan pada aksi suku akhir pertama di Stadium Mini UKM, Khamis lalu.

Gol pertama Kedah dijaringkan pemain tengah Muhd Hidhir Idris m-57 manakala gol kedua disusuli m-87 oleh Mohd Zulfahamzie Mohd Tarmizi.

Gol pelawat dijaringkan oleh Hafifi Salleh m-61.

Pengurus pasukan Kedah, Zambri Mat berkata, beliau bersyukur Kedah berjaya melepasi cabaran dan mara ke separuh akhir.

“Berbekalkan semangat dan motivasi tinggi ditunjukkan oleh semua pemain, mereka memang layak melangkah ke peringkat separuh akhir musim ini.”

“Kita harus teruskan kesungguhan 100 peratus seperti ditunjukkan dalam semua pertemuan sebelum ini. Tingkatkan lagi aksi terbaik untuk menentang Selangor selepas ini.

“Saya lega semua pemain bebas daripada kecederaan serta penggantungan dan ini bakal menyemarakkan lagi semangat dalam pasukan,” katanya.

Sementara itu, bekas pemain skuad Kedah musim 2000-2005, Amirul Nizam Mahadzir yang kini Pegawai Tadbir Pasukan berkata, beliau optimis Kedah mampu memberi saingan terbaiknya sepertimana beliau mengecapi kejuaraan pada 2000 dengan menewaskan Selangor.

“Saya dapat rasakan semangat pemain kerana pernah mewakili skuad Piala Presiden pada 2000.

“Saya berharap pemain dapat mencuri jaringan gol di tempat lawan ketika bertemu Selangor nanti serta mengelak gol dari dibolosi pihak lawan,” katanya.

Kedah dan Selangor akan bertemu untuk membuat perhitungan separuh akhir pada pada 1 dan 6 Oktober.

READ ALSO  Morten Frost resigns from BAM after two years

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.