Higuain masih berbisa | Harian Metro

TURIN, Itali: Gonzalo Higuain menghidupkan semula kempen Liga Juara-Juara Juventus apabila masuk sebagai pemain gantian sebelum membantu naib juara tahun lalu itu menang 2-0 dalam Kumpulan D ke atas Olympiakos, awal pagi tadi.

Anak buah Massimiliano Allegri perlu menyemarakkan semula kempen Eropah mereka selepas kecundang 0-3 kepada Barcelona di Sepanyol dua minggu lalu.

Higuain bertindak balas selepas digugurkan Allegri dengan membuka tirai jaringan selepas 69 minit dan turut menyumbang kepada gol kedua Mario Mandzukic pada minit ke-80 di Stadium Allianz.

Juventus kini di tangga ketiga Kumpulan D yang didahului pasukan tanpa kalah Barcelona namun di belakang Sporting Lisbon – yang tewas 0-1 di laman sendiri kepada kelab Sepanyol itu – menerusi perbezaan gol.

Bagi Olympiakos, kekalahan kedua selepas aksi pertama tumpas kepada Sporting meninggalkan mereka di tangga tercorot.

“Saya membuat pilihan dan Higuain tidak begitu bagus berbanding pemain lain,” kata Allegri mengenai keputusannya meletakkan bintang Argentina itu di bangku simpanan bagi dua perlawanan berturut-turut selepas pertembungan jiran setempat Turin, hujung minggu lalu.

“Tapi anda lihat hari ini dia sudah bergerak secara berbeza. Dia tidak pernah menjadi masalah dan tidak akan mencetus masalah. Dia seorang pemain yang mampu mengubah permainan dan memenangi perlawanan buat kami.

“Petang ini kami bermain dengan corak yang bijak dan bersabar. Mereka bermain dengan baik secara bertahan, mereka menutup ruang. Ia tidak mudah tapi pasukan terkuat menang.”

READ ALSO  54 maut, 39 masih hilang dalam banjir besar di Vietnam


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.