Harapan TRW tipis | Harian Metro

PELUANG Kelantan kekal bersaing dalam Liga Super 2018 semakin tipis apabila seri 0-0 dengan PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Bahkan, keputusan itu meresahkan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan yang terlalu mengharapkan pasukannya mencipta kemenangan di laman sendiri.

Untuk memastikan mereka tidak turun ke Liga Perdana musim depan, Kelantan perlu menewaskan Melaka United FC pada 20 Oktober depan dan bertawakal agar pencabar terdekat, Sarawak FA kalah kepada lawannya.

Sarawak memiliki kelebihan satu mata di depan Kelantan selepas mengalahkan Kedah 4-2 di Stadium Negeri.

Sebelum itu, rentak permainan anak buah Zahasmi Ismail dilihat hilang fokus pada babak separuh masa pertama apabila serangan mereka mudah dipatahkan benteng pertahanan lawan diketuai importnya, Abdou Jammeh.

Pelbagai percubaan dilakukan tiga penyerang Kelantan, Muhammad Danial Ashraf, Mohd Khairul Izuan Rosli dan Abou Bakr El Mel bagi mencari gol ‘hayat’ namun terus menemui jalan buntu.

Hinggakan, permainan yang dipamerkan pemain Kelantan yang sering hilang bola dan agak kucar kacir menyebabkan ada penyokong melabelkan mutu permainan mereka ala Liga DUN.

Sebaliknya, skuad bimbingan Muhammad Adam Abdullah diketuai Mohd Safee Sali terus bernafsu mencari gol pendahuluan tatkala pasukan tuan rumah semakin tertekan.

Kelantan memasukkan Mohd Norfarhan Muhammad di babak kedua menggantikan Abou Bakr terus berusaha mencari gol azimat bagi menaikkan semangat permainan.

Kelantan nyaris mendapat gol pendahuluan menerusi importnya, Mamadou Danso m-81, namun sepakannya sedikit tersasar ketika penjaga gol PKNS FC, Tauffiq Ar Rasyid sudah pun tertewas.

Kemasukan import, Allessandro Celin, menggantikan Mohd Daudsu Jamaluddin sedikit merubah rentak permainan Kelantan.

READ ALSO  Kerajaan tidak jual mimpi, harapan atau janji

Berbaki 10 minit terakhir perlawanan, pemain Kelantan tetap tidak berputus asa meneruskan sisa perjuangan mereka dengan menggempur benteng pertahanan lawan.

PKNS FC pula nyaris mendapat gol pertama menerusi K Gurusamy pada masa kecederaan namun sepakannya terkena palang gol.

Kelantan itu berdepan tugas getir bertemu Melaka bulan depan malah penentu sama ada misi untuk kekal dalam Liga Super tercapai atau sebaliknya.



Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.