Harap kematian isteri dapat dibela | Kes

KUANTAN: Suami kepada suri rumah yang dibunuh penyamun di kediamannya di Kampung Hijrah, Penor, dekat sini, semalam berharap pembunuh isterinya dapat ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal.

Nasrul Mansor, 32, berkata, dia menyerahkan kepada polis untuk menyiasat serta menahan pembunuh isterinya, Norhasilah Ismail, 34, seterusnya membawa suspek ke muka pengadilan.

Dia bagaimanapun sedikit bimbang kerana usaha polis mengesan penjenayah itu mungkin terjejas berikutan kotak perakam kamera litar tertutup (CCTV) hilang, mungkin dilarikan suspek.

“Kotak yang merakamkan enam CCTV diletakkan di sebuah bilik rumah ini, …namun penjenayah menggeledah bilik itu melarikan alat itu dan pelbagai barang berharga lain termasuk jam tangan Rado yang saya hadiahkan kepada isteri,” katanya.

“Saya berharap polis dapat menjalankan siasatan dan menegakkan keadilan untuk isteri,” katanya ketika ditemui di kediaman ibunya di Kampung Peramu, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian semalam, Norhasilah ditemui mati di ruang tamu rumah oleh Nasrul kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas ditikam penyamun yang menceroboh rumah itu yang baharu diduduki sembilan bulan lalu.

Terdahulu, ibu kepada tiga cahaya mata itu baru pulang dari menghantar anak keduanya, Mohd Abid, 8, ke sekolah kira-kira jam 8 pagi bersama anak bongsunya, Mohd Aqil yang berusia empat tahun.

Mangsa dipercayai diserang seorang lelaki memakai topeng yang berada dalam rumah dan berlaku pergelutan sebelum mangsa ditikam menggunakan objek tajam di bahagian kanan perut serta kiri dada menyebabkannya meninggal dunia manakala Mohd Aqil tidak dicederakan dan dikurung di sebuah bilik.

Jenazah Norhasilah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Peramu kira-kira jam 3 pagi tadi selepas bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

READ ALSO  Suspek kes nahas ragut nyawa suami isteri serah diri

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahkan kotak perakam CCTV dilarikan penjenayah berkenaan dan pihaknya sedang mencari petunjuk lain bagi menyelesaikan kes itu.

“Bedah siasat dilakukan mendapati mangsa maut kerana tikaman di bahagian dada yang mengenai jantungnya,” katanya.



Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.