Hantar pulang rakyat Myanmar – GAGAH | Nasional

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Gagasan Pembela dan Pelindung Kebajikan Ummah Malaysia (GAGAH) menggesa Kerajaan Malaysia menghantar pulang rakyat Myanmar sebagai membantah kekejaman tentera negara itu ke atas etnik Rohingya.

Presiden GAGAH Malaysia, Yahya Long Ali, berkata tindakan itu penting dalam memberikan kesedaran kepada rakyat Myanmar yang berada di sini untuk mendesak kerajaan mereka menghentikan penindasan ke atas etnik Rohingya. 

Katanya, Kerajaan Malaysia tidak perlu memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar tetapi sekatan ekonomi wajar dikenakan ke atas negara bekas junta itu.

“Penghantaran pulang rakyat Myanmar di negara ini amat perlu supaya mereka sendiri akan menyalahkan dan mempersoalkan Kerajaan Myanmar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yahya yang juga aktivis Food Flotilla For Myanmar yang menghantar makanan dan ubat-ubatan ke Bangladesh dan Myanmar melalui jalan laut Februari lalu, berkata Wisma Putra perlu melakukan tindakan lebih konkrit bagi menghentikan kekejaman tentera Myanmar ke atas etnik Rohingya.

Media melaporkan sekurang-kurangnya 370,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh ekoran operasi tentera Myanmar sejak 25 Ogos lalu yang menyasarkan kumpulan militan Rohingya yang menyerang pos polis dan tentera di sempadan.

Media antarabangsa juga melaporkan tentera negara bekas junta itu turut menyasarkan serangan ke atas penduduk awam, selain dakwaan pencabulan hak asasi seperti pembantaian ke atas pelarian Rohingya, pembunuhan, pemerkosaan dan pembakaran kampung-kampung etnik Rohingya.

READ ALSO  Saranan pilihan raya guna e-voting | Nasional

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.