Hamilton sambar petak depan di depan ribuan penonton

SEPANG 30 Sept. – Pemandu Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton berkata, ini kali pertama dia menyaksikan kehadiran jumlah penonton yang ramai sepanjang berlumba di Litar Antarabangsa Sepang.

Hamilton berkata demikian selepas berjaya meraih petak pertama dalam Grand Prix Formula Satu (F1) terakhir di Malaysia dengan catatan masa terpantas 1 minit 30.076 saat.

“Lihatlah bertapa ramai penonton, inilah kehadiran terbaik pernah saya saksikan di Litar Antarabangsa Sepang. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sejak semalam.

“Sebastian (vettel) memang cukup laju tetapi kami juga telah melakukan sesuatu dan pasukan telah melaksanakan tugas mereka dengan begitu baik sekali,” katanya sejurus tamat sesi kelayakan, hari ini.

Dalam pada itu, pencabar terdekatnya dari Ferrari, Kimi Raikkonen berjaya menduduki petak kedua dengan catatan masa 1:30.121s, manakala pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen ketiga terpantas (1:30.541s).

Bagaimanapun, nasib malang menimpa Vettel apabila bakal memulakan permulaan esok di petak terakhir selepas mengalami masalah turbo ketika sesi ujian masa terakhir.- UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Mangsa kebakaran di New Zealand selamat tiba di tanah air

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.