Guru wanita nyaris maut kereta terbabas masuk terusan








TERKINI

Guru wanita nyaris maut kereta terbabas masuk terusanGuru wanita nyaris maut kereta terbabas masuk terusan

25/09/2017 8:00pm

Kenderaan wanita yang jatuh dalam terusan hari ini.

ALOR SETAR – Seorang guru wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam terusan Alor Changileh di Jitra dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Nor Elina Md. Radzi, 36, berjaya diselamatkan Pegawai Pertahanan Awam Kubang Pasu, Kapten (PA) Kamalruzamal Kasa dan orang ramai yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan ke pekan Jitra di sini selepas selesai mengajar di Sekolah Kebangsaan Telok Malek, Jitra.

Kamalruzamal berkata, ketika kejadian dia sedang melakukan rondaan bagi memantau keadaan banjir di kawasan tersebut sebelum ternampak sebuah kereta jenis Proton Persona terjunam ke dalam terusan.

“Saya dan orang awam yang menyedari kejadian terus membantu mengeluarkan mangsa dari kereta kerana bimbang kenderaan tersebut dihanyutkan air,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun kelihatan trauma dengan kejadian tersebut. –







READ ALSO  Pelajar mati lemas di Pantai Perkasa


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.