Guru nyaris maut kereta terbabas ke dalam terusan

ALOR SETAR 25 Sept. – Seorang guru wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam terusan Alor Changileh, Jitra dekat Kubang Pasu hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Nor Elina Md. Radzi, 36, berjaya diselamatkan Pegawai Pertahanan Awam Kubang Pasu, Kapten (PA) Kamalruzamal Kasa dan orang ramai yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan ke pekan Jitra selepas selesai mengajar di Sekolah Kebangsaan Telok Malek, Jitra.

Kamalruzamal berkata, ketika kejadian dia melakukan rondaan bagi memantau keadaan banjir di kawasan tersebut sebelum ternampak sebuah kereta jenis Proton Persona terjunam ke dalam terusan.

“Saya dan orang awam yang menyedari kejadian terus membantu mengeluarkan mangsa dari kereta kerana bimbang kenderaan tersebut dihanyutkan air,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun kelihatan trauma dengan kejadian tersebut.-UTUSAN ONLINE 

 

READ ALSO  Harimau Malaya perlu rombakan drastik

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.