Guru nyaris maut kereta jatuh terusan | Kes

KUBANG PASU: Seorang guru perempuan nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam Terusan Alor Chengalih di sini, tengah hari tadi.

Mangsa, Nor Elina Md Radzi, 36, bernasib baik apabila kejadian menimpanya itu disedari orang awam termasuk Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Kamalruzamal Kasa, yang kebetulan melalui laluan itu kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Menyedari kejadian itu, Kamalruzamal bersama penduduk kampung bertindak pantas menarik keluar mangsa dari kenderaannya yang ketika itu sedang tenggelam dalam terusan, sekali gus mengelak guru terbabit daripada lemas.

Kamalruzamal berkata, ketika kejadian beliau bersama Penghulu Mukim Naga, Sulaiman Hashim, sedang melakukan rondaan memantau keadaan banjir di kawasan berkenaan.

“Secara tiba-tiba, sewaktu menghampiri persimpangan Kampung Paya Dudur, sebuah PROTON Persona yang berada selang beberapa kenderaan dari kami tergelincir dan jatuh ke dalam terusan.

“Tanpa melengahkan, kami terus berhenti dan membantu mengeluarkan mangsa kerana bimbang dihanyutkan air deras kesan banjir yang berlaku di daerah ini,” katanya.

Difahamkan, mangsa mengajar di Sekolah Kebangsaan Telok Malik yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian dan ketika kejadian, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Alor Setar.

READ ALSO  Pemain naturalisasi beri impak buat Hong Kong | Bola


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.