Gunung berapi Manaro keluarkan gas, 8,000 dipindahkan

SYDNEY 27 Sept. – Kira-kria 8,000 orang dipindahkan ke tempat perlindungan di pulau Ambae, utara Vanuatu berikutan kebimbangan berlakunya letusan gunung berapi Manaro Voui.

Gunung berapi berkenaan mula menunjukkan tanda-tanda untuk meledak awal bulan ini namun semakin agresif minggu lalu apabila mengeluarkan debu dan gas.

Pengarah Pejabat Pengurusan Bencana Alam Negara, Shadrack Welegtabit berkata, pihak berkuasa tempatan telah menyediakan 15 pusat kecemasan namun pemindahan beramai-ramai itu menyebabkan mereka terpaksa mencatu bekalan.

“Kami berada dalam musim kering sekarang dengan debu yang mencemari bantuan bekalan namun kebimbangan utama kami ialah mendapatkan air untuk mangsa,’’ katanya. – Reuters

READ ALSO  Dua kampung di Kulim dilanda banjir, 18 mangsa dipindahkan

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.