Graduan ILP catat 65 peratus kebolehpasaran

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Graduan Institut Latihan Pertanian (ILP) mencatatkan 65 peratus memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian setiap tahun sekali gus membuktikan graduan institut tersebut menjadi buruan pihak industri.

MOHD. SUFIAN SULAIMAN

MOHD. SUFIAN SULAIMAN


Pengarah Bahagian Latihan Kementerian Pertanian Kebangsaan (BLKP), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mohd. Sufian Sulaiman berkata, peratusan agak tinggi tersebut menunjukkan bahawa graduan yang dilahirkan ILP adalah mengikut kehendak pasaran dan industri.

Menurut beliau, dalam usaha memastikan graduan mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian, modul yang dibina bagi setiap program adalah berdasarkan keperluan industri.

“Kita (BLKP) menjalin hubungan baik dengan pihak industri bagi membolehkan setiap graduan mendapat tempat di industri berkaitan.

“Contohnya dalam industri perikanan, jika pengusaha bot-bot laut memerlukan kru, industri tersebut akan mengenalpasti graduan yang mempunyai kriteria untuk menjalani latihan praktikal di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia selepas Majlis Konvokesyen Pertanian Ke-7 di Dewan D, Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) dekat sini hari ini.

Mohd. Sufian berkata, aspek tenaga pengajar juga akan diberi penekanan bagi meningkatkan kepakaran mereka sesuai dengan keperluan industri.

“Selain itu satu modul khas jati diri juga akan dikuatkuasakan kepada graduan di masa akan datang jati diri,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Malaysia rakan kongsi penting Airbus


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.