Geng Dino aktif curi kenderaan, tumpas | Kes

MELAKA: Polis menumpaskan Geng Dino yang dipercayai terbabit dalam 17 kes curi kereta, motosikal dan pelbagai barangan lain selepas menahan 13 anggotanya, termasuk seorang wanita di beberapa lokasi sejak Ogos lalu hingga awal bulan ini.

  

Penahanan anggota sindiket, termasuk ketua kumpulan dikenali Dino berusia 31 tahun itu turut membawa kepada penemuan enam kereta, dua motosikal dan 60 barangan kes dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.

  

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Jalil Hasan, berkata polis menubuhkan satu pasukan khas selepas menerima banyak laporan berhubung kejadian jenayah yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan sama.

  

Katanya, dalam tangkapan antara 18 Ogos hingga 9 September lalu, polis terlebih dulu menahan ketua kumpulan terbabit di Klebang Besar, di sini, diikuti 12 lagi tangkapan, termasuk seorang wanita berusia antara 22 hingga 70 tahun.

  

“Siasatan awal mendapati, suspek utama dipercayai aktif menjalankan kegiatan curi kenderaan sejak Januari lalu selepas dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh, Selangor.

  

“Susulan tangkapan ke atas suspek, polis menahan 12 lagi anggotanya di sekitar Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor yang berperanan sebagai pencuri kereta, pembeli, meleraikan komponen dan orang tengah dalam urusan jual beli komponen,” katanya.

  

Beliau berkata demikian selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Bukit Beruang.

Abdul Jalil berkata, kumpulan itu tidak hanya menyasarkan kenderaan mewah, sebaliknya memburu kenderaan mengikut permintaan pembeli yang akan dijual pada harga yang lebih rendah dari harga pasaran dengan menukar plat nombor pendaftaran kenderaan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran jualan kenderaan pada harga yang terlalu rendah dan merujuk kepada pihak polis sekiranya ragu-ragu dengan kegiatan jualan yang ditawarkan oleh mana-mana kumpulan mencurigakan,” katanya.

READ ALSO  Nyawa anak tiga tahun melayang depan mata digilis lori ikan


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.