Garbine fokus Terbuka Wuhan | Harian Metro

WUHAN, China: Garbine Muguruza mengetuai barisan pemain bintang ketika dia cuba memenangi kejohanan pertamanya sebagai pemain nombor satu dunia pada Terbuka Wuhan dalam Jelajah WTA, minggu ini.

Juara Wimbledon itu tewas teruk pada separuh akhir Terbuka Pan Pasifik di tangan pemain ranking keenam dunia Caroline Wozniacki semalam namun cuba menebus kegagalan itu hanya dua minggu selepas merampas tangga teratas.

“Permainan terbaik saya bukan di sini,” katanya selepas tewas 2-6, 0-6 di Tokyo semalam.

“Saya tidak terlalu memikirkan mengenai kekalahan ini. Saya masih berasakan (Tokyo) satu kejohanan yang bagus buat saya untuk memulakan kalendar pertandingan di Asia,” katanya.

Pilihan utama itu berdepan tugas sukar di bandar raya China itu apabila lapan daripada 10 pemain terbaik dunia beraksi.

Juara Terbuka AS, Sloane Stephens dan naib juara Madison Keys turut kembali bertanding buat kali pertama sejak final di Flushing Meadows dua minggu lalu.

Petra Kvitova adalah juara bertahan dan mengintai kejuaraan ketiga di Wuhan selepas pemain berusia 27 tahun itu turut menang pada 2014.

“Saya gembira untuk kembali. Sudah tentu saya mempunyai memori indah daripada dua tahun terakhir yang mana saya menang dan saya sudah berlatih sedikit di luar sana dan berasa bagus,” kata Petra hari ini.

READ ALSO  SENARAI MANGSA TERKORBAN

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.