Galak kerjasama bangun teknologi | Harian Metro

Kota Kinabalu: Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menggalakkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) bekerjasama dengan universiti termasuk institusi penyelidikan tempatan bagi menyuntik serta membangunkan teknologi dalam perniagaan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus berkata, langkah itu penting bagi meningkatkan potensi perniagaan usahawan IKS di negara ini, sekali gus memastikan produk mereka tidak hanya berada dalam pasaran domestik, sebaliknya berupaya menembusi pasaran antarabangsa.

Menurutnya, revolusi industri ketika ini memerlukan usahawan menerapkan elemen teknologi dan inovasi dalam perniagaan mereka.

“Universiti dan institusi penyelidikan tempatan mempunyai ramai pakar yang menghasilkan R&D (penyelidikan dan pembangunan) terhadap sesuatu industri. Justeru, usahawan IKS digalak untuk menggunakan semua sumber itu yang mungkin ada yang belum diterokai bagi menyuntik aspek teknologi dan inovasi dalam perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program MTDC Road2Growth di sini, semalam.

Menurutnya, kerjasama itu juga mampu memanfaatkan sepenuhnya usaha R&D yang dibuat ahli akademik tempatan seterusnya mengurangkan kebergantungan usahawan kepada teknologi dan inovasi dihasilkan negara luar.

Katanya, MTDC sebagai anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad dan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sentiasa bersedia menjadi platform memperkasa kerjasama antara usahawan IKS dan universiti bagi membolehkan hasil R&D dikomersialkan ke pasaran.

“Kami boleh membantu memadankan usahawan IKS dengan kepakaran dan universiti yang tepat, namun usahawan perlu terlebih dulu mengenal pasti teknologi sesuai untuk syarikat mereka yang boleh digunakan secara strategik dalam memberi hasil optimum untuk bersaing dalam pasaran,” katanya.

Mengenai program MTDC Road2Growth, Norhalim berkata, jerayawara sehari itu adalah platform untuk memberi pendedahan kepada usahawan di Sabah mengenai perkhidmatan ditawarkan dalam membantu mereka mengembangkan perniagaan, seterusnya menjadi usahawan tekno.

READ ALSO  Sultan Johor pemegang saham individu kedua terbesar dalam Berjaya Assets Bhd.


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.