Gaji RM50 sebulan | Harian Metro

DIJANJIKAN pekerjaan dengan bayaran RM50 sehari tetapi selepas ditolak hutang kepada ejen dan bayaran lain, gaji yang diterima sebulan sama dengan bayaran sehari.

Itu nasib lapan warga Kemboja yang berjaya melarikan diri ke Kedutaan Kemboja di Jalan Uthant, Kuala Lumpur sebelum diselamatkan Bahagian D7C, Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman, diketuai Ketua Penolong Pengarahnya, Asisten Komisioner Maszely Minhad, semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Jenayah Bersindiket) Bukit Aman, Deputi Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, lapan warga Kemboja terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita berusia 19 hingga 43 tahun itu mendakwa dipaksa bekerja lebih 12 jam setiap hari tanpa bayaran tambahan serta tidak dibenarkan cuti.

Malah, menurutnya bayaran yang diterima tidak seperti yang dijanjikan dan mereka terikat hutang dengan ejen yang membawa mereka masuk ke negara ini.

“Mereka yang berjaya melarikan diri ini terdiri daripada dua kumpulan yang masing-masing bekerja di kilang kain di Johor dan kilang papan di Pahang,” katanya kepada Harian Metro.

Saiful berkata, susulan itu, polis berjaya menahan empat lelaki Kemboja berusia 25 hingga 48 tahun, termasuk dalang utama bertaraf penduduk tetap dalam serbuan berasingan di Klang, malam tadi.

Menurutnya, polis menemui lebih 100 pasport terdiri daripada pasport Myanmar, Indonesia dan Kemboja dalam serbuan pertama di sebuah rumah milik dalang utama di Klang.

“Polis turut menemui wang lebih RM27,000, beberapa dokumen dipercayai buku catatan pekerja dan cadangan gaji.

“Suspek kemudian dibawa ke pejabatnya dan polis merampas satu fail yang mengandungi dokumen pendaftaran syarikat, kontrak perjanjian dan perjanjian bayaran hutang.

“Ketika pemeriksaan dibuat, seorang lelaki Kemboja mengaku pekerja kepada suspek datang ke premis itu dan dia turut ditahan untuk pemeriksaan,” katanya.

READ ALSO  Bukan semua teks Al-Quran boleh dipasarkan

Saiful berkata, pemeriksaan pada beg galas lelaki berusia 30 tahun itu menemui buku dipercayai catatan bayaran kepada pekerja, wang lebih RM9,000, mata wang Amerika Syarikat 1500USD (RM6,288) dan dua telefon pintar.

Dalam serbuan berasingan jam 10.30 di sebuah rumah di Jalan Selamat, Off Sungai Udang, Klang menahan dua lelaki warga Kemboja dengan seorang daripadanya pemegang kad UNCHR berusia 25 dan 36 tahun.

Beliau berkata, dalam serbuan itu sebuah komputer riba, buku hutang, buku cek, kad pengetik waktu, jadual kerja pekerja, satu pasport Kemboja dan telefon pintar.

Katanya, semua barang kes dirampas dan keempat-empat suspek ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti pemerdagangan orang untuk eksploitasi buruh paksa mengikut kesalahan Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Suspek pertama juga melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pekerja asing tanpa dokumen yang sah dan kesalahan, Seksyen 12(1) (f) Akta Passport 1966 kerana memiliki passport orang lain.



Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.