Ford tumbuk muka ‘polis’ | Harian Metro

Lebih tiga dekad berlalu, akhirnya sekuel filem Blade Runner yang kali pertama ditayangkan pada 1982 akan menemui penonton di pawagam pada 5 Oktober ini.

Meneruskan kesinambungan filem pertama, Blade Runner 2049 menyaksikan pelakon asal Harrison Ford kembali sebagai Rick Deckard.

Turut beraksi di sisi pelakon berusia 75 tahun itu adalah Ryan Gosling sebagai pegawai polis Los Angeles.

Dalam satu temu bual bersama majalah GQ, Ford mendedahkan secara tidak sengaja menumbuk muka Gosling ketika penggambaran salah satu babak Blade Runner 2049.

“Dia sepatutnya berdiri jauh supaya tidak terkena serangan saya. Tugas saya pula untuk buat aksi menumbuk.

“Ketika itu, kami berdua bergerak dan rakaman sudah bermula. Pada masa sama, saya mahu memastikan jurukamera dapat mengambil babak tumbukan dari sudut terbaik.

“Saya membuat hampir 100 aksi menumbuk dan hanya satu tumbukan terkena Gosling,” katanya.

Menurut pelakon Sat Wars itu, Gosling sepatutnya bersyukur kerana hanya satu rakaman babak terbabit berlaku kesilapan.

“Saya seronok bekerjasama dengan Gosling kerana dia berbakat dan mempunyai pengalaman berlakon sejak usia enam tahun,” katanya.

Gosling pula dalam satu temu bual berasingan mengakui kejadian Ford tertumbuk mukanya berlaku disebabkan kesilapannya.

“Kami melakonkan babak bertarung dan kejadian itu berlaku tanpa diduga. Bagaimanapun, saya rasakan situasi itu agak lucu kerana sebaik penggambaran berhenti, Ford meletakkan tangannya dalam ais yang dibawa kru untuk saya,” katanya.

Gosling berkata, pe­ngarah Denis Villeneuve sempat bergurau dengan memberitahu dia seperti ditumbuk adiwira Indiana Jones.

Turut membintangi Blade Runner 2049 ialah Jared Leto, Robin Wright, Dave Bautista, Mackenzie Davis dan Ana de Armas.

Dalam perkembangan lain, Gosling mendedahkan cuba memujuk Ford untuk memberi peluang kepada dia berlakon dalam filem baru Indiana Jones.

READ ALSO  Dipuji selamat anjing sangkut tin

Tahun lalu, Ford diumumkan kembali membintangi filem kelima Indiana Jones yang akan diarahkan Steven Spielberg.

Indiana Jones dijangka ke layar perak pada 2020, namun sehingga kini ha­nya Ford pelakon disahkan beraksi dalam filem itu.

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.