Fellaini terlepas aksi menentang CSKA Moscow | Bola

MOSCOW: Pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini bakal terlepas aksi Liga Juara-Juara menentang CSKA Moscow, di sini, awal pagi Khamis ini, waktu Malaysia.

Fellaini disahkan belum pulih daripada kecederaan buku lali yang dialami selepas diterjah pemain Southampton, Shane Long ketika United memastikan kemenangan 1-0.

Nemanja Matic yang turut mengalami kecederaan ketika aksi dengan Southampton akan turut serta bersama Eric Baillu dan bakal membuat penampilan pertama bersama kelab itu di pentas Eropah.

Fellaini menjaringkan gol pembukaan ketika United menang 3-0 ke atas Basel dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara Kumpulan A.

Dalam pada itu, pemain tengah, Juan Mata meramalkan Red Devils bakal berdepan tentangan sengit daripada CSKA Moscow selepas kelab Russia itu menang 2-1 kepada Benfica pada perlawanan pertama.

“CSKA Moscow sebuah pasukan klasik di pentas bola sepak Eropah. Mereka menang dalam semua perlawanan sebelum aksi peringkat kumpulan.

“Kami mengharungi perjalanan panjang dan perbezaan masa dua jam. Ia memerlukan penyesuaian dengan cepat. Kami tahu betapa keterujaan terhadap pertandingan ini.

“Kami akan berikan segala-galanya yang kami ada untuk memenuhi harapan yang diletakkan kepada pasukan.” – Reuters

READ ALSO  Kelayakan AFC 2019: Adam sedia pertahan benteng | Bola

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.