Felda kalahkan juara Liga Super 2017

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Felda United berpeluang untuk merampas kedudukan kedua carta Liga Super apabila menumbangkan pasukan yang beraksi dengan 10 pemain, Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-2 dalam saingan kedua terakhir musim 2017 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Bagaimanapun peluang tersebut agak sukar kerana Pahang yang kini menghuni tangga kedua dengan 39 mata, hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan gelaran naib juara, manakala Felda perlu menang pada perlawanan penutup Liga Super, 21 Oktober nanti.

Secara Matematik, penghuni anak tangga ketiga, skuad The Fighters yang kini mengumpul 36 mata masih berpeluang menamatkan saingan selaku naib juara, namun agak mustahil.

Ini kerana jika Pahang kalah, sementara Felda menang dalam aksi terakhir itu, The Fighters yang dibimbing jurulatih B. Sathianathan, memerlukan kemenangan besar untuk muncul naib juara susulan berkongsi kedudukan 39 mata.

Setakat ini perbezaan jaringan Tok Gajah adalah 18 jaringan, manakala Felda 12 gol.

Terdahulu, pada perlawanan tersebut, Thiago Augusto meletakkan Felda di depan pada minit ke-27, namun JDT berjaya menyamakan kedudukan menerusi Junior Eldstal, 11 minit kemudian.

Felda bagaimanapun menggandakan gol pada minit akhir separuh masa pertama hasil ledakan gol Ifedayo Omosuyi yang menerima hantaran lintang Augusto.

Separuh masa kedua bermula menyaksikan juara Liga Super 2017, JDT tempang setelah pemain tengahnya, Eldstal dibuang padang ekoran mengutip kad kuning kedua pada minit ke-47.

Sekali pun tempang, JDT masih mampu menyamakan kedudukan apabila Gonzalo Gabrera meledak gol pada minit ke-57.

Ikatan 2-2 tersebut bagaimanapun hanya dapat bertahan selama enam minit menyaksikan Augusto menjaringkan gol kemenangan 3-2 Felda. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  [VIDEO] APM tangkap ular sawa di belakang rumah penduduk

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.