Fazura-Fattah semakin serius?

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Sehingga kini hubungan antara pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin masih lagi menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Bagaimanapun dengan pemberian 500 kuntum bunga yang dihadiahkan oleh Fattah kepada Fazura pada hari lahirnya yang ke-34 semalam, menguatkan telahan peminat yang hubungan dua pelakon tersebut semakin serius.

Sebelum ini, pada 14 September lalu, Fazura juga membuat kejutan kepada Fattah dengan mengirimkan 50 kuntum bunga ros merah, coklat dan juga kad ucapan yang berbau kemesraan bagi meraikan hari lahir pelakon itu yang ke -27.

Fattah dalam kenyataannya kepada sebuah portal hiburan, dia sudah beberapa kali membawa Fazura bertemu dengan keluarganya dan mereka menerima pelakon cantik itu dengan baik.

Majlis sambutan hari lahir kedua pasangan pelakon ini diraikan oleh para peminat mereka dalam Fattzura Birthday Bash yang berlangsung di Pusat Konyensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Dalam laman sosial Instagram milik Fazura, pelakon yang bakal tampil dengan filem Ayat Ayat Cinta 2 itu turut memuatkan foto-foto yang memperlihatkan kemesraannya bersama Fattah Amin. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Kemelut dua XPDC berterusan | Harian Metro

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.