Fatehah kebanggaan Kuala Berang | Harian Metro

ATLET lumba basikal negara, Fatehah Mustapa menerima Anugerah Tokoh Kemerdekaan peringkat Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, semalam.

Anak jati Kampung Langgar, Kuala Berang itu melahirkan rasa syukur dengan anugerah itu.

“Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang sebab sudi memilih saya bersama yang lain sebagai Tokoh Kemerdekaan. Lebih bermakna ia adalah sempena kemerdekaan ke-60 Malaysia.

“Ia satu penghargaan kepada saya dan keluarga sebagai anak jati Kuala Berang. Satu penghormatan boleh berdiri dengan mereka yang lain memperjuangkan kemerdekaan yang menerima anugerah.

“Saya menunda penerbangan saya ke Australia malam ini (malam tadi) untuk hadir ke anugerah ini,” katanya pada majlis itu.

Dua lagi tokoh turut menerima anugerah itu.

Fatihah merupakan pemenang empat pingat emas acara berbasikal Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Fatehah dijangka berlepas ke Australia bagi menyertai sesi latihan sebagai persiapan menghadapi kejohanan berbasikal di Bangkok awal bulan depan.

READ ALSO  Dua kanak-kanak antara 133 PATI yang ditahan Imigresen Selangor

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.