F1 Malaysia: Ferrari dominasi sesi latihan sebelah petang








TERKINI

F1 Malaysia: Ferrari dominasi sesi latihan sebelah petangF1 Malaysia: Ferrari dominasi sesi latihan sebelah petang

29/09/2017 6:05pm

Pemandu Ferrari, Vettel memecut jenteranya pada sesi latihan bebas Perlumbaan F1 GP Malaysia di SIC hari ini.

SEPANG – Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel dan rakan sepasukan, Kimi Raikkonen mula menampilkan kehebatan di permukaan litar kering apabila menguasai sesi latihan kedua Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di Litar Sepang, di sini hari ini.

Selepas mengharungi cuaca hujan pada sesi latihan pertama pada sebelah pagi, pemburu kejuaraan dunia, Vettel merakamkan masa terpantas 1:31.261s dalam 23 pusingan yang dilakukan dan Raikkonen ketinggalan 0.604s untuk catatan kedua terpantas.

Sebelum itu, pada sesi pertama, Vettel yang ketinggalan 28 mata dengan pendahulu kejuaraan dunia, Lewis Hamilton, merakamkan masa kelima terpantas iaitu 1:51.009s manakala Raikkonen pula muncul sebagai pelumba keempat terpantas dengan masa 1:50.734s.

Bagaimanapun, sesi kedua selama 90 minit itu terpaksa dihentikan 10 minit lebih awal selepas penutup longkang yang longgar di litar berkenaan menyebabkan tayar kenderaan pelumba Haas, Romain Grosjean pancit, sekali gus mengakibatkan pelumba Perancis itu terbabas di penghadang di selekoh 13.

Grosjean, bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan namun kenderaannya mengalami kerosakkan dan steward perlumbaan membuat keputusan untuk tidak meneruskan semula sesi latihan itu.

Dalam pada itu, juara bertahan GP F1 Malaysia, Daniel Ricciardo daripada pasukan Red Bull mencatatkan masa ketiga terpantas 1:32.099s manakala Hamilton daripada pasukan Mercedes AMG Petronas sekadar merekodkan masa terpantas 1:32.677s untuk menghuni tangga keenam. – Bernama

READ ALSO  KPKT, Kementerian Kesihatan perkasa khidmat bantuan kecemasan | Nasional









Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.