F1: Hamilton rampas petak pertama GP Malaysia








TERKINI

F1: Hamilton rampas petak pertama GP MalaysiaF1: Hamilton rampas petak pertama GP Malaysia

30/09/2017 8:00pm

Hamilton akan bermula pada petak hadapan pada saingan terakhir GP Malaysia esok.

SEPANG – Pemandu pasukan Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton meraih petak utama pada Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia 2017.

Pemandu dari Great Britain itu mencatat masa terpantas sepusingan, satu minit 30.076 saat pada sesi kelayakan yang berlangsung di Litar Sepang, di sini hari ini.

Pencapaian menduduki petak utama itu adalah kelima bagi Hamilton pada GP Malaysia, dan ke-70 sepanjang kariernya.

Pemandu pasukan Scuderia Ferrari, Kimi Raikkonen dari Finland menduduki tempat kedua selepas mencatat 1:30.121s, manakala pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen dari Belanda, yang menyambut hari jadinya yang ke-20 hari ini, di kedudukan ketiga dengan catatan 1:30.541s. – Bernama







READ ALSO  Dewan Keadilan putuskan pusat tahfiz | Wilayah


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.