‘Everest aku datang!’ | Harian Metro

Seremban: Pendaki orang kurang upaya (OKU) yang pernah mendaki dan menawan Gunung Kinabalu tahun lalu, berhasrat untuk sampai ke kem pangkalan di puncak tertinggi dunia, Gunung Everest.

Azzrulkhan Hasrullah Matsah, 25, yang menghidap polio menyebabkan lumpuh kedua-dua kaki kini berusaha gigih untuk mencapai impian menawan pangkalan setinggi 5,364 meter dari paras laut itu.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu sedang membuat persediaan untuk ke Everest yang dijangka bermula pada Mac tahun depan.

“Ketika ini, latihan persediaan untuk ke sana (Everest) sedang giat dijalankan setiap minggu. Saya berusaha gigih melakukan latihan demi latihan supaya tidak berdepan masalah ketika pendakian nanti dan berharap dapat sampai ke kem pangkalan,” katanya, semalam.

Azzulkhan yang lebih mesra dipanggil Adam berkata, dia kini teruja untuk menakluki kem pangkalan selepas kejayaan membanggakan merangkak dan mengesot untuk menawan puncak Gunung Kinabalu pada 25 Oktober lalu.

Meskipun kekurangan fizikal, Adam mampu meraih pencapaian cemerlang bagi dirinya apabila berjaya menawan puncak gunung tertinggi Asia Tenggara.

Adam yang berasal dari Kuching, Sarawak berkata, apa yang dilakukan itu bukan untuk mendapat pujian atau sanjungan orang lain.

“Ia adalah minat saya dan saya lakukannya untuk kepuasan peribadi selain berharap menjadi pembakar semangat kepada OKU lain,” katanya.

Harian Metro pada 27 Oktober tahun lalu pernah melaporkan Adam yang hanya bersandarkan kekuatan tangan gigih mengerah kudratnya demi menawan Gunung Kinabalu.

Walaupun hanya mengesot dan merangkak kadang kala dipapah pendaki lain akibat keletihan melampau selepas menempuh pendakian panjang, akhirnya Adam tiba di puncak Kinabalu Low Peak pada ketinggian 4,095 meter.

READ ALSO  Tak patut...tak patut...[METROTV] | Harian Metro


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.