Enam suspek serangan bom ditahan

PATTANI 29 Sept. – Pihak berkuasa Thailand menahan enam suspek kes serangan bom pada 22 Sept lepas di daerah ini yang mengorbankan empat anggota keselamatan dan mencederakan enam yang lain.

“Kami berjaya menahan enam individu yang disyaki di bawah undang-undang tentera. Seorang daripada mereka mengakui terlibat dengan serangan bom tersebut dan menyertai gerakan (militan) 2011,” kata Ketua Tentera Task Force Pattani Mej Jen Chatuporn Kalampasut.

Pihak tentera Thailand turut membawa seorang daripada suspek itu pada sidang media di sini, hari ini.

Suspek terbabit menutup mukanya sepanjang sidang media serta lawatan ke lokasi kejadian.

Dalam kejadian yang berlaku pada 6.10 pagi waktu tempatan, bom buatan sendiri yang diletakkan bawah tanah telah meletup ketika sebuah kenderaan pacuan empat roda membawa anggota tentera sedang melaluinya.

Bom seberat antara 80 hingga 100kg itu meletup dan memusnahkan kenderaan tentera itu, menyebabkan empat anggota maut dan enam lain cedera.

Sementara itu, pada kira-kira 11 pagi ini waktu tempatan, sebutir bom dianggarkan seberat 20kg meletup di pos kawalan berhampiran Kampung Parai, Mae-lan di sini.

Seorang penduduk tempatan cedera dalam kejadian terbabit. – BERNAMA


READ ALSO  [VIDEO] Bomba Terengganu tingkatkan pemeriksaan

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.