Empat sekeluarga maut dalam kemalangan ngeri libatkan treler bawa muatan beras








TERKINI

Empat sekeluarga maut dalam kemalangan ngeri libatkan treler bawa muatan berasEmpat sekeluarga maut dalam kemalangan ngeri libatkan treler bawa muatan beras

29/09/2017 11:31am

Oleh AIMUNI TUAN LAH


Kereta Proton Wira remuk teruk dalam kemalangan awal pagi tadi di Paloh.

GUA MUSANG – Empat sekeluarga maut selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Paloh, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Abdullah Daud berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 7.30 pagi ini membabitkan sebuah treler bermuatan beras dan sebuah kenderaan jenis Proton Wira.

“Ketika ini kerja dan operasi masih giat dijalankan oleh pihak polis dan anggota bomba di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.24 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggotanya telah dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. – .







READ ALSO  Pemuda maut dirempuh Porche

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.