Empat sekeluarga kemalangan di Jalan Gua Musang selamat dikebumikan








TERKINI

Empat sekeluarga kemalangan di Jalan Gua Musang selamat dikebumikanEmpat sekeluarga kemalangan di Jalan Gua Musang selamat dikebumikan

30/09/2017 9:15am

Oleh YATIMIN ABDULLAH


Semua jenazah disembahyangkan di Masjid Al Falah, Pasir Mas malam tadi.

PASIR MAS – Jenazah empat sekeluarga yang maut di Kilomter 52, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Paloh selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Sangkut, di sini kira-kira pukul 12.15 tengah malam tadi.

Kesemua empat sekeluarga itu, Zainuddin Anuar, 30; Raizuamira Daud, 31; Nur Annisa Sofea, 3, dan Zayyan Nazreel, 13 hari disemadikan dalam satu liang lahat.

Jenazah tersebut tiba Masjid Al Falah pada pukul 11.30 malam dan kemudian disembahyangkan sekali lagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk pengebumian.

Terdahulu, van yang membawa empat jenazah itu bertolak dari Hospital Gua Musang kira-kira pukul 8.30 malam selepas selesai proses bedah siasat sebelum dimandi, dikafan dan disembahyangkan kali pertama hospital berkenaan.

Kira-kira 100 ahli keluarga termasuk penduduk hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, sebuah treler muatan beras yang dipandu, Ismail Mohamad Zain, 31, dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar kereta dinaiki empat beranak itu.

Kesemua empat beranak itu maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah. –







READ ALSO  Safawi JDT rebutan dua selebriti


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.