Empat remaja ditahan bantu siasatan kes curi motosikal








TERKINI

Empat remaja ditahan bantu siasatan kes curi motosikalEmpat remaja ditahan bantu siasatan kes curi motosikal

27/09/2017 7:50pm

Oleh KAMARIAH KHALIDI


Antara komponen dan rangka motosikal dipercayai dicuri empat remaja lelaki yang ditahan dalam Ops Lejang di sekitar Jerteh, Besut hari ini.

BESUT – Polis menahan empat remaja lelaki kerana disyaki terlibat dengan kes kecurian motosikal menerusi serbuan Ops Lejang di Kampung Padang Tapong dan Kampung Padang Landak, Jerteh dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, operasi tersebut yang diketuai oleh Asisten Superintendan Kamarul Hamizi Zakaria bersama enam lagi anggota dijalankan bermula pada pukul 1 tengah hari semalam sebelum berakhir pukul 2 pagi tadi.

“Dalam operasi tersebut, polis turut berjaya merampas dua buah motosikal dan enam buah rangka motosikal yang telah ditanggalkan beberapa komponen.

“Kesemua remaja lelaki berusia lingkungan 14 hingga 19 tahun terbabit berasal dari Jerteh dan hasil semakan mendapati mereka tiada sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, semakan terhadap nombor casis mendapati motosikal tersebut dilaporkan hilang berkait laporan di Bukit Yong, Pasir Puteh, Kelantan, Pasir Akar, Besut serta Jerteh. –







READ ALSO  Sengsara segenap arah [METROTV] | Harian Metro


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.