Empat lelaki Geng Pak Su dihadapkan ke mahkamah








TERKINI

Empat lelaki Geng Pak Su dihadapkan ke mahkamahEmpat lelaki Geng Pak Su dihadapkan ke mahkamah

26/09/2017 11:34am

Shahadan dan Norazif dituduh di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Pak Su.

ALOR SETAR – Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Pak Su antara 1 Januari 2015 hingga 30 Ogos lalu.

Kesemua tertuduh iaitu Johari Ariffin, 35; Rosidi Aziz, 35; Norazif Ahmad, 37, dan Shahadan Salim, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, empat lelaki itu didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Pak Su dalam daerah Kubang Pasu antara 1 Januari 2015 hingga 30 Ogos lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 130 V (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.

Tiada jaminan ditawarkan kepada semua tertuduh dan kes akan disebut semula pada 26 Oktober depan. –







READ ALSO  Arwah akan kekal sebagai ikon


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.