‘Dunia ini bukan tempat untuknya’

Cox’s Bazar: Raut wajah wanita muda ini ‘mendung’ manakala langkahnya lemah longlai seakan menanggung penderitaan yang tidak terhingga.

Rupa-rupanya selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik bergerak Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care), terbongkar kisah kedukaannya yang baru saja kematian bayi selepas dilahirkan tidak cukup bulan kelmarin.

Shamarish, 21, ditemani suaminya ketika hadir mendapatkan rawatan
di klinik bergerak yang dibuka khusus sempena misi kemanusiaan pertubuhan
itu dalam menghulurkan bantuan kepada pelarian itu.

Ketika didekati penulis bersama penterjemah tempatan Mohamad Zie, ibu muda dari perkampungan Quason, Myanmar itu menceritakan dia demam dan mengalami bisa badan selepas melahirkan bayinya.

Menurutnya, dia selamat melahirkan bayi lelaki pada usia kandungannya baru mencecah lapan bulan dengan bantuan suami dan wanita pelarian lain tanpa sebarang bantuan alatan perubatan sebelum anak kecil itu meninggal dunia.

“Dunia ini bukan tempat untuknya, saya tahu dia kini sedang berbahagia di sana.

“Saya bersyukur sempat menyusukan bayi saya buat kali pertama dan terakhir sebelum dia meninggal dunia di pangkuan saya.

“Detik itu biarpun cuma seketika cukup bermakna buat saya sebagai ibunya,” katanya sebak.

Mengimbau takdir yang membawanya ke kem berkenaan tujuh hari lalu, cerita Shamarish mereka sekeluarga berjaya melepasi sempadan selepas dua hari berjalan.

“Dalam perjalanan ke sempadan, saya sudah tidak larat sangat kerana sudah sarat. Ada masanya, suami mengangkat saya jika saya keletihan untuk berjalan.

“Mungkin tidak cukup rehat kerana terlalu banyak bergerak dan tidak makan lalu memberi kesan kepada kandungan saya,” katanya.

READ ALSO  Lakaran 'kolam' terapung terbesar diiktiraf MBOR | Wilayah

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.