Duit dari mana? | Harian Metro

Putrajaya: Sumber dana bakal diperoleh Maju Holdings Sdn Bhd (Maju Holdings) perlu diketahui terlebih dulu sebelum mempertimbangkan cadangan syarikat itu untuk mengambil alih PLUS Malaysia Berhad (PLUS), syarikat konsesi lebuh raya utama negara.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan perlu mengetahui perkara itu secara terperinci bagi mengelakkan urus niaga berkenaan merugikan negara dan rakyat pada masa hadapan.

“Jika ada sesiapa yang membuat cadangan (pengambilalihan), pertamanya saya nak tanya, duit itu datang dari mana? Kalau duit dari luar negara (saya), nak tahu juga adakah berunsur pinjaman atau sebaliknya.

“Kalau berunsur pinjaman, kalau ia (pinjaman) tidak boleh dibayar kerana ia tidak ada peningkatan dan sebagainya, akhirnya apa jadi…ia akan menyebabkan aset strategik negara jatuh ke tangan orang luar,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Fiesta Labur Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2017 di sini, semalam.

Maju Holdings sebelum ini mengemukakan tawaran bernilai RM36 bilion untuk membeli keseluruhan aset dan liabiliti PLUS dari UEM Group Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusi Eksekutif Kumpulannya Tan Sri Abu Sahid Mohamed dipetik sebagai berkata, tawaran berkenaan amat menarik kerana ia jauh lebih tinggi berbanding nilai wajarnya, sekali gus membuktikan Maju Holdings amat serius untuk memuktamadkan urus niaga berkenaan.

UEM Group memiliki 51 peratus kepentingan dalam PLUS manakala bakinya 49 peratus dikuasai KWSP.

Johari berkata, cadangan itu juga bukan perkara baru kerana sebelum ini beberapa pihak sudah mengemukakan cadangan berkenaan.

“Saya bukan cakap tidak boleh, cuma nak tahu model kewangannya. Kita perlu tahu dari mana mereka mendapatkan dana dan adakah mereka yakin boleh membayar balik (pinjaman itu), kalau tidak aset (negara) kita akan hilang,” katanya.

READ ALSO  Mayat mangsa kemalangan putus dua


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.