Dua bot nelayan Vietnam dilupuskan

DUA bot nelayan Vietnam yang ditahan selepas menceroboh perairan negara dilupuskan dengan ditenggelamkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk dijadikan tukun di perairan Jambu Bongkok di Marang, hari ini.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 9 (D9) Terengganu, Kepten Maritim Rahim Ramli berkata, proses pelupusan bot berkenaan dilakukan kira-kira 11 pagi di lokasi berkenaan kerana pihaknya menerima permohonan persatuan nelayan di kawasan itu pada tahun lalu.

Menurutnya, bot berkenaan ditahan APMM pada 22 Mac tahun lalu dan pihaknya mengambil masa yang lama bagi mendapatkan kelulusan untuk tujuan pelupusan berkenaan mengikut prosedur serta proses perundangan sebelum dilucut hak oleh mahkamah pada 2 Jun lalu.

“Proses melupuskan bot berkenaan adalah kali kedua dilakukan APMM Terengganu pada tahun ini selepas berbuat demikian pada 7 Ogos lalu yang menenggelamkan bot bersama abu al-Quran di Taman Tukun Keputeraan, Tok Bali di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 278 bot nelayan asing sudah ditenggelamkan APMM untuk dijadikan tukun di Wilayah Maritim Timur.

Katanya, proses pelupusan itu juga dapat mengurangkan kesesakan bot nelayan asing yang ditahan di Pusat Tahanan D9 Terengganu.

READ ALSO  14 pegawai polis kanan bertukar jawatan

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.