Dortmund mahu kekal rekod, sekat Ronaldo | Bola

BERLIN: Borussia Dortmund mensasarkan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di laman sendiri berdepan Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi esok seterusnya merencatkan penampilan ke-150 Cristiano Ronaldo dalam saingan Eropah.

Dortmund dan penyandang gelaran Real bertemu pada peringkat kumpulan buat kali kedua berturut-turut.

Kedua-dua pasukan seri 2-2 musim lalu ketika pasukan Jerman itu mendahului kumpulan sebelum tersingkir pada kelompok lapan pasukan terakhir manakala Real meneruskannya untuk menang rekod gelaran ke-12.

Dortmund sudah menang tiga dan seri tiga kali dalam pertemuan mereka di Signal Iduna Park, termasuk kemenangan 4-1 pada perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara 2013 apabila Robert Lewandowski menjaringkan semua empat gol.

“Pasti ia sentiasa menjadi perlawanan yang hebat berdepan Real Madrid,” kata pemain tengah Dortmund dari Jerman, Mario Goetze.

“Dengan Madrid sudah menang dua musim terakhir Liga Juara-Juara, kami sudah tentu menghormati mereka, tetapi kami juga berada pada tahap terbaik dan penuh yakin.”

MARIO Goetze (tengah) ketika sesi latihan pasukan menjelang pertemuan menentang Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara. – Foto EPA

Juara bertahan Real membuka kempen kumpulan dengan kemenangan 3-0 di laman sendiri berdepan APOEL manakala Dortmund tewas 3-1 di tangan Tottenham Hotspur dua minggu lalu.

Antara cabaran buat pasukan Jerman itu ialah mengawal pemenang empat kali Ballon d’Or, Ronaldo, yang menjaringkan 110 gol dalam perlawanan di Eropah tetapi masih gagal mencari gol dalam dua penampilan terakhir liga. – AFP

READ ALSO  Lelaki serah diri selepas bunuh wanita warga Indonesia

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.