Dhabitah fokus kekal prestasi | Harian Metro

TIADA istilah rehat buat penerjun negara Nur Dhabitah Sabri selepas tamat temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan dua kejohanan utama akan menjadi penanda aras untuk menguji kemampuannya.

Meraih satu emas dalam acara 3 meter terjun seirama bergandingan dengan Wendy Ng dan perak dalam acara 3m papan anjal individu di KL2017, Dhabitah berkata, fokus utamanya adalah untuk memberi yang terbaik pada kejohanan Grand Prix di Kuala Lumpur hujung bulan depan.

Selain itu satu lagi kejohanan penting adalah Grand Prix di Gold Coast iaitu gelanggang temasya Sukan Komanwel tahun depan.

Justeru latihan giat dijalankan dan penerjun negara dijangka akan kembali berkampung di China selepas ini.

“Buat ketika ini kami akan berlatih dulu di sini dan akan kembali ke China untuk menjalani latihan namun belum dimaklumkan tarikhnya.

“Selain latihan saya juga mahu memberi tumpuan kepada pelajaran dan jika boleh mahu meneruskan pengajian ke peringkat universiti,” katanya.

Mengulas mengenai kecederaan yang dialaminya ketika temasya KL2017, Dhabitah berkata, ia semakin pulih dan berharap menjelang Grand Prix KL nanti semuanya akan kembali seperti biasa.

Skuad terjun negara menamatkan saingan di KL2017 dengan noktah gemilang apabila menyapu bersih semua 13 emas yang ditawarkan selain merangkul lima perak dan satu gangsa.

READ ALSO  Laskar Kanan didakwa bunuh dua anggota TLDM

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.