Dewan Keadilan putuskan pusat tahfiz | Wilayah

SEREMBAN: Laporan isu keselamatan pusat tahfiz di negeri ini, akan dibawa ke Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan, iaitu dewan tertinggi di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ketika ini Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pendidikan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), masih menjalankan siasatan terhadap struktur bangunan pusat tahfiz berdaftar dan tidak berdaftar.

Katanya, laporan itu kemudian akan diserahkan kepada Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan dan keputusan akan dibuat oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Yang Empat.

“Pusat tahfiz di negeri ini di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), sebab itu laporan siasatan isu keselamatan pusat tahfiz akan dibawa ke Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan.

“Dewan itu akan dibuat keputusan pusat tahfiz di negeri ini sama ada yang berdaftar atau tidak, masih boleh meneruskan operasi atau sebaliknya,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Mohamad berkata, kerajaan negeri seterusnya akan mengambil tindakan yang sepatutnya berkaitan keputusan itu.

Baru-baru ini, bomba mengesan asrama pusat tahfiz di negeri ini tidak mengikut tahap keselamatan ditetapkan dan mengeluarkan notis mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 kerana kesalahan tidak mematuhi notis menghapuskan bahaya kebakaran.

Pihak pengurusan kemudian diarahkan menutup sementara asrama itu, sehingga garis panduan keselamatan kebakaran dipatuhi.

READ ALSO  Bubur asyura tabur keju... sedap!


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.