DAP dominasi pakatan pembangkang: Annuar | Politik

Pix by Adi Safri

MUAR: Walaupun DAP tidak bertanding dalam banyak kerusi pada pilihan raya umum (PRU), sebenarnya parti itu yang mendominasi parti dalam pakatan pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata perkara itu dapat dilihat apabila DAP mendominasi terutama dalam pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

Beliau memberi contoh berkaitan kelulusan pesta makanan dan minuman Jerman yang turut membabitkan arak yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

“Sebenarnya, walaupun Selangor ditadbir oleh seorang Menteri Besar yang beragama Islam dari pakatan pembangkang, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka mesti mengikut apa yang DAP mahukan,” katanya.

Beliau berkata dalam isu pesta arak itu, walaupun PAS dan PKR adalah sebahagian daripada kerajaan negeri, DAP yang menentukan atau mempengaruhi tindakan kerajaan negeri Selangor.

“DAP dalam politik ini memang matlamat dan strategi mereka adalah untuk menguasai. Jadi banyak daripada kita tidak perasan apa yang ditawarkan oleh pakatan pembangkang sebenarnya adalah sebuah kerajaan yang akan dikuasai DAP. Ini tidak boleh mereka nafikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Program Dialog Perjuangan 4 All di Dewan Bangunan UMNO Bahagian Bakri di sini, hari ini.

Sehubungan itu Annuar berkata, pihaknya mesti memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perkara ini dan kini orang DAP dilihat cuba untuk memperalatkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melawan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Dalam politik sekarang, Dr Mahathir bukan isu malah beliau adalah problem (masalah) dan bukannya solution (penyelesaian).

“Kalau fikir Dr Mahathir boleh selesaikan masalah, mereka silap sebab sebahagian besar masalah yang dibawa beliau (Dr Mahathir) sedang diuruskan oleh Najib.

READ ALSO  Manfaat aplikasi Whatsapp untuk pelajaran | Pendidikan

“Beliau (Dr Mahathir) bukan satu penyelesaian tetapi DAP menggunakan beliau walaupun tahu Dr Mahathir adalah punca masalah tetapi kali ini DAP gunakan beliau. Yang akan menguasainya kelak adalah DAP,” katanya.

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.