DAP bertanding di Kelantan bukan untuk menentang UMNO – Nasrudin

KUALA TERENGGANU 26 Sept. – Hasrat DAP untuk turut bertanding di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ternyata lebih bertujuan untuk menentang Pas dan bukannya UMNO bersama Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, keghairahan itu sekali gus menafikan pendirian mereka sendiri yang selama ini disasarkan untuk berdepan dengan parti pemerintah itu.

“Selalu dalam ucapan (pemimpin DAP), mereka menyebut penyertaan dalam PRU adalah untuk berdepan dengan UMNO dan BN tetapi apabila mereka letak calon di Kelantan yang sebelum ini tidak pernah berbuat demikian, ertinya mereka telah cuba untuk berlawan dengan Pas,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar mengenai penganjuran Fastaqim 2.0 – Himpunan 200k pada 29 September ini, di tapak acara di Pantai Tok Jembal di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat.

Beliau menegaskan, Pas tidak gentar dengan apa jua bentuk cabaran yang akan dihadapi, dan telah meletakkan semua jentera dalam keadaan bersiap-sedia berdepan saingan sama ada dalam tiga penjuru atau lebih di setiap kerusi.

Semalam, Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengesahkan DAP memohon untuk bertanding di beberapa kerusi kerusi DUN di negeri itu buat pertama kalinya. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Nigeria terbang ke Russia | Harian Metro


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.