Dah cam siapa buang bahan kimia

POLIS sudah mengenal pasti syarikat bertanggungjawab membuang tujuh tong bahan kimia klorin sehingga mengakibatkan lebih 60 penduduk dan tiga anggota bomba sesak nafas di Kampung Tambak Paya, Melaka, semalam.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, berpandukan kepada nombor siri yang tertera pada tong terbabit pihaknya mendapat petunjuk identiti syarikat yang dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.

“Hasil daripada keterangan saksi terdapat lori dikesan meninggalkan lokasi kejadian antara 2 hingga 5 petang semalam, selepas memunggah dan meletakkan kesemua tujuh tong itu berhampiran rumah kosong. Satu daripada tujuh tong itu kemudian bocor.

“Polis sudah memanggil tiga saksi untuk diambil keterangan termasuk wakil syarikat berkenaan. Ia bagi memastikansama jika ia dibuang oleh pihak syarikat atau sub kontraktor,” katanya.

Dalam kejadian 5.30 petang semalam, kira-kira 250 penduduk diarahkan mengosongkan kediamanatas faktor keselamatan.

Abdul Jalil berkata, kesemua 210 penduduk termasuk 60 yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tambak Paya dalam radius tiga kilometer dari lokasi kejadian sudah dibenarkan pulang kira-kira 7 pagi tadi selepas disahkan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kimia.

“Sehingga tengah hari tadi 61 penduduk termasuk tiga anggota bomba masih dirawat di Hospital Melaka dan Hospital Jasin,” katanya.

Berita berkaitan:

• Sesak nafas terhidu bahan kimia

READ ALSO  Welbeck terpaksa berehat tiga minggu | Bola


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.