Coutinho selamatkan Liverpool di Moscow | Bola

MOSCOW (Russia): Jaringan menarik Philippe Coutinho belum cukup untuk memberikan Liverpool kemenangan ketika mereka dipaksa seri 1-1 oleh Spartak Moscow dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Coutinho menyamakan jaringan Fernando (minit ke-23) menerusi sepakan percuma pada minit ke-31, namun usaha Liverpool mencari kemenangan terus buntu dengan mereka masih tidak menang selepas dua perlawanan dalam Kumpulan E.

Liverpool kini melalui tujuh perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Juara-Juara – jumlah terbanyak tanpa kemenangan dalam saingan elit Eropah dan ketinggalan dua mata di belakang pendahulu kumpulan, Sevilla.

MOHAMED Salah (kiri) diasak pemain Spartak Moscow, Ilya Kutepov pada aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara di Stadium Otkrytiye Arena. – Foto REUTERS

Juara lima kali itu terpaksa membayar harga yang mahal kerana mempersia-siakan peluang termasuklah yang dimiliki pemain gantian, Daniel Sturridge dan Mohamed Salah yang melepaskan peluang terbaik bagi meraih kemenangan di penghujung perlawanan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp tampak lebih mantap di bahagian pertahanan sejak beberapa minggu lalu, namun jaringan Fernando menimbulkan persoalan mengenai keputusan Klopp membawa masuk penjaga gol, Loris Karius ke dalam pasukan menggantikan Simon Mignolet.

Ketika juara Russia itu melalui sembilan perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Juara-Juara, ia adalah keputusan yang menggembirakan penyokong mereka pada malam yang sejuk di Otkrytiye Arena.

Buat Liverpool pula, perlawanan itu diingati kerana Coutinho memulakan perlawanan bersama Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino buat pertama kali. – AFP

PENYERANG Liverpool, Daniel Sturridge gagal menewaskan penjaga gol Spartak Moscow, Aleksandr Selikhov – Foto REUTERS

READ ALSO  Skuad B-18 Malaysia atasi Singapura


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.